Pengagihan Flyers myFreeview

28 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Ogos 2019, Pengurus Pusat Internet Tebelu telah memberi sedikit penerangan mengenai MyFreeview, siaran TV Digital sambil mengedar 'flyers' kepada sebahagian penduduk dikampung tebelu. Dapatkan siaran TV Digital myFreeview tanpa yuran bulanan dan anda digalakkan untuk menggunakan dekoder DVB-S2 yang menggunakan piring satelit disebabkan penggunaan Aeriel UHF untuk penerimaan myfreeview masih belum mendapat liputan lagi. Sebelum anda membeli dekoder sila dapatkan khidmat nasihat di Pusat Internet berdekatan bagi mengelakkan kesulitan ataupun menghubungi PUSAT KHIDMAT PELANGGAN MYFREEVIEW ditalian 1800-18-1088

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali